Selamat Bercuti

Mulai esok sehingga 14 Jun 2009, semua sekolah-sekolah kerajaan di
Malaysia termasuklah SMK Syed Hassan akan mula bercuti pertengahan
tahun. Semua warga Syed Hassan nampaknya ceria pada hari ini
memandangkan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga selama 3
minggu. Golongan yang paling ceria ialah pelajar-pelajar sukan
tingkatan 1 yang tinggal di asrama kerana peluang seperti ini
jarang-jarang dapat dikecapi.

Walau bagaimanapun, mereka tetap menjalankan tanggungjawab terakhir sebelum bercuti iaitu mengemaskan kelas dengan senang hati.

Penolong
Kanan Pentadbiran, Puan Wadzirah Ridzuan, sebagai ibu kedua kepada
pelajar-pelajar ini turut memberikan peringatan dan pesanan yang harus
dipegang sepanjang masa cuti nanti.

Namun
begitu, sanjungan harus diberikan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
yang bertugas pada musim cuti ini terutamanya yang pergi berjuang
membawa nama baik sekolah dan negeri di kejohanan-kejohanan MSSM
seluruh Malaysia.

Saya
dan rakan-rakan di Blog SMK Syed Hassan mengucapkan selamat bercuti
dengan ucapan jangan lupa buat kerja sekolah dan rajin-rajinlah
menolong ibu-bapa anda di rumah. Seperti ikrar bekas pelajar saya
dahulu 'setinggi mana kejayaan ditempa, pulang mencium tangan ibu
bapa'.