Seminar Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan
Pada 1 dan 2 Jun 2009, SMK Syed Hassan dengan kerjasama Institut Sukan Negara dan Unit Sekolah Sukan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menganjurkan Seminar Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di Bilik Wawasan 2, SMKSH.
Peserta-peserta yang hadir pada kali ini adalah jurulatih-jurulatih dan
pengurus-pengurus sukan sekolah namun ada yang tidak dapat hadir kerana
membawa pasukan untuk kejohanan MSSM. Peserta-peserta dari Sekolah
Sukan Negeri Kedah, SMK Tunku Anum juga tidak dapat hadir kerana
masalah teknikal.
Namun yang demikian, seminar pada kali ini amat istimewa kerana Tuan Pengetua turut hadir sebagai peserta kursus.
Seminar telah dirasmikan oleh Encik Mohd Karim bin Abd. Lah, Ketua Unit
Sekolah Sukan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia pada pukul 8.30
pagi dalam satu upacara yang singkat dan ringkas.
Tuan Pengetua, dalam ucapan aluan beliau mengucapkan terima kasih kerana pihak ISN memilih SMK Syed Hassan untuk seminar ini.
Seminar dimulakan oleh Pengarah Pusat Satelit ISN, Encik Lam Fei Eng
mengenai fungsi ISN dan pengaplikasian kemahiran sains sukan untuk
tujuan perancangan, latihan dan pertandingan. Beliau memberikan
contoh-contoh latihan atlit-atlit Malaysia seperti Pasukan Bolasepak
Kebangsaan dan Datuk Lee Chong Wei.
Penceramah yang kedua pula ialah Cik Loo Lean Hiong, Pegawai Pusat
Pemakanan Sukan, ISN.Beliau memberikan ceramah mengenai pemakanan atlit
sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Menurut beliau, dalam satu
pertandingan yang pasukannya seimbang, faktor-faktor pemakanan dan
rehat adalah amat penting kerana kekurangan makan dan rehat boleh
menyebabkan seseorang atlit itu tidak dapat menumpukan perhatian dan
mudah pitam.
Seterusnya giliran Cik Ng Hui Hwa dari Pusat Fisiologi Senam memberikan
ceramah yang bertajuk 'Application of basic recovery for athlete'.
Menurut beliau antara cara-cara untuk mempercepatkan pemulihan
kecederaan ialah melalui;1. Relaxation (rehat), Hydrotherapy (terapi
air), 3. Compression garment (pakaian melekap), 4. sleep (tidur), 5.
nutrition (makanan tambahan), 6. Massage (urutan) dan 7. Stretching
(regangan). Sesi tengahari pula dimulakan oleh Cik Norwinda Mahpol dari
Pusat Psikologi Sukan mengenai pendekatan psikologi sukan kepada atlit
remaja. Beliau memberikan beberapa contoh aktiviti-aktiviti yang dapat
dilakukan bersama-sama atlit bagi meningkatkan prestasi atlit di
padang. Peserta-peserta juga diberikan peluang untuk mencuba beberapa
aktiviti psikologi. Sebelum tamat sesi pertama, Puan Syarifah Fathynah
Syed Sheikh memberikan ceramah bertajuk ' Aplikasi Suaian Fizikal
Kepada Atlit Remaja Sekolah'. Beliau memberikan tumpuan kepada
pengaplikasian latihan suaian fizikal berdasarkan prinsip-prinsip
latihan dan pembolehubah latihan mengikut peringkat umur kerana setiap
tempoh pembesaran memerlukan tumpuan latihan berbeza.
Pada hari kedua, Puan Rosnah Mat Yatim dari pusat perubatan sukan, ISN,
yang mempunyai banyak pengalaman dengan atlit-atlit kebangsaan
memberikan ceramah mengenai perubatan sukan dan praktikal. Beliau
menyarankan penggunaan kaedah saintifik yang efektif tanpa memberikan
impak negatif kepada kesihatan dan aspek keselamatan.
Akhir sekali,pasukan pusat analisa sukan, ISN, memberikan ceramah
mengenai aplikasi dan alternatif analisis sukan. Mereka menunjukkan
cara-cara analisis sukan menggunakan teknologi canggih yang dapat
digunakan terus oleh jurulatih semasa dan selepas pertandingan untuk
memperbaiki prestasi atlit. Seminar tamat pada pukul 12 tengahari.
ISN akan mengadakan sesi seterusnya di SSN Pulau Pinang, SMK Mutiara
Impian. Diharapkan seminar ini memberikan satu perspektif baru untuk
jurulatih-jurulatih SMK Syed Hassan.
Pada 1 dan 2 Jun 2009, SMK Syed Hassan dengan kerjasama Institut Sukan Negara dan Unit Sekolah Sukan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menganjurkan Seminar Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di Bilik Wawasan 2, SMKSH.